Percaya dgn JanjiNya

aaaa kebetulan hati aku terdetik nak bukak page iluvislam.com. aku mencuba mencari petunjuk. alhamdulillah, aku ada terbaca satu artikel ni " Aku Yakin Allah Tidak Akan Mensia-siakan Aku ". dan aku tertarik dengan kata-kata nih.

Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

so, walau apapun dugaan yang kita terima dan something yang kita impikan tapi tak dapat...ingatlah, ada something yang lebih special yang Allah dh rancang utk kita. insyaAllah. percaya dgn janji Allah.