Study week

makkkk. dah nak final exam? haih. cepatnya masa berlalu. aku rasa mcm baru ja masuk ari tu. skrang dh study week? olololo. kalau study tada maknanya nak risau. aku? study? haish. study study. *geleng2 kepala. banyaknya nak kena study. rindu plak ngn matrik. yala. setiap masa study so bila nak exam tak terok sangat nak cover. ini? hmmm. haih. aku ni dh la bagus sangat. pandai. bijak. semua la aku kan. olalala. saat study week ni, meja study aku sangat la awesome. mentang2 roomate balik, suka hati aku ja kan. amik kawasan roomate aku utk study. habis corner lot dia aku sapu. study tak sangat pon. haaa. satu masalah lg. air tada kat floor aku nih. hadoi. mmg la. aku mmg suka g jalan2 cari air nih. *memang* floormate aku cakap macam zaman dulu dah. g perigi amik air. hmmm. sabor.

ni la meja aku saat bertungkus lumus mengadap buku!
makanan ada. mp3 ada. kalkulator? yaaa. laptop haaa wajib jugak.

note last minute. orang lain buat after habis kelas.
aku? time nak exam.

haaa. ini subjek penting utk aku.
study, study jugak. facebook jangan lupaaaa!


Berbakti-bakti

breep..breep..meh la sini joyah, temah, minah, pe'ah dengar aku mengumpat lak. asyik u all ja ngumpat. bukan apa, teman nak kabor sini. :) 11.12.2011 baru2 ni kelas BAKSIS aku ad wat program kat Rumah Anak-anak Yatim di Kajang, Selangor. memang superb la budak2 kat situ. hypertonic betol haaaa. kecik2 pon eeiii geram aku, comel plus banyak mulut. potpet sana sini.jom ja la tengok gambar. haha.

tu haa faci kitorg. yg bercermin mata tu.


aku gila suka gambar ni. sangat unik dan unik la.


cetengok budak pompuan tu. tali pon dia ngappp.


before mahu berbakti, posing dulu. :)


kan ku jadikan kau kenangan yang terindah..



rajin x aku? ngeeee



semua tak sabar nak main games


budak nih nama syafiq. tiga tahun dah sunat. penat aku pujuk dia gi makan.
finally aku berjaya. *satu tepukan utk aku.

me with pashamina?

what? errr whats going on? agak aneh bunyiknya bagi sapa2 yg knal aku. they know me. they know my style. what i'm dislike for. huahua. sy pon nak berfashion mcm anda jugak. sy pon terkejut dgn diri sy. huisy ayat. kontoversi. Cik Cahaya Kepujian la nih punya keja. ajak sy beli pashamina. sy pon pikir2 ermmm ok la. jum3 pakai sama2. hehe. buruk benor aku rasa. bulat aja muka aku. auwwwww.



10 petanda dia JODOH kita

otak aku dh kosong sekarang. waktu remaja aku semakin nak berlalu. * ceh, bajet tua sangat. hoih2. back to the main idea ok makcik. tada la. ari tu aku ad terbaca satu artikel nih. quite interesting la jgk. " 10 Petanda Dia Jodoh Kita ". aku pon membelek, membaca dengan teliti and something was crossed on my mind, hmmm. entah la. susah jgk rupanya nk cari jodoh eyh. memang la jodoh ditentukan oleh Allah tapi kalau kita tak cari tak jumpa jgk kan. usaha itu penting. aku actually hmmm. entah la. biar la Allah yg tentukan. kat sini aku listkanlah 10 petanda tu laa. jom check it out. :)

1. Bersahaja
its mean dia tak berlakon la and dia bersikap bersahaja. contohnya macam cara dia
berpakaian, cara bercakap, cara ketawa, cara makan dan minum.

2. Senang Bersama
maksud di sini even kita dah lama ngn dia tapi kita tak pernah rasa bosan dengan dia, jemu ataupun tertekan pada diri kita. semakin hari semakin sayang kpd dia. kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat duka kita. bahagia kan macam tu? bila la ak boleh rasa semua tu. and saat berjauhan, rasa rindu sangat dengan dia.

3.Terima kita seadanya
I like this ciri2. apapun kisah silam kita, dia dh tak ambil peduli. yang penting, siapa kita sekarang. bukanlah dia tak kisah cuma let by gone be by gone. bagus kan kalau jumpa laki cam ginik. biarpun dia tahu kita ada kekasih sebelum nih tapi dia ta ambil hati langsung.

4.Sentiasa jujur
dia tak kisah apa yang kita lakukan asalkan tak menyalahi hukum agama. sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. lagipun kejujuran sangat penting dalam perhubungan. susah tol aku nak cari lelaki yang jujur dengan aku. haih. Selagi kejujuran bertakhta di hati kita, kebahagiaan adalah milik kita. kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri kan? then mesti perlukan someone nak kongsikan rahsia tu utk ringankan beban yang ditanggung. for sure kita memerlukan si dia utk luahkan everything sebab kita percayakan dia dan dia pun percayakan kita. takkan nak harapkan kawan-kawan. diorang tak selalu ada untuk kita. bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. bahagialah pasangan itu insyaAllah.

6.Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama. Segala kerja yang dilakukan mestilah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita untuk hidup bersama. kan sweet gitu kalau dua2 saling together. :)

7.Memahami diri kita
Semasa kita sakit, dia bawa kita ke hospital. bila kita berduka, dia yang menghiburkan kita. apabila kikta dalam kesusahan, dia yang sering ada di samping kita untuk membantu. di kala kita sedang berleter, dia mendengar ja. hikhik. bagus kalau jumpa cam ginik. dia selalu berada dengan kita dalam setiap situasi. tak kira kita lagi sedih atau happy, dia tetap selalu ada untuk kita.

8.Tampilkan kelemahan
takda siapa pun yang sempurna dalam hidup nih, termasuk la kita kan. tipulah kalau dia kata dia sempurna. nampak sangat benor nipunya. bagi dia yang bersedia utk menjadi teman hidup kita, dia tak akan segan silu utk memberitahu kelemahan dan kekurangan yg ada dalam diri dia. sudah tentu bukan senang nak beritahu kelemahan dan keburukan yang ada dalam diri kita kan? yang ni lah jodoh yang terbaik.

9.Kata hati
dengarlah kata hati. kadangkala manusia dikurniakan oleh Allah iaitu deria yang ke-6 yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. dengan deria batin ini jugak la kita dapat mengetahui perasaan masing-masing. kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. dengarlah kata hati dan buat pilihan yang terbaik ok?

10.Solat istikharah dan tawakal
jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Allah SWT. manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentukan segalanya. mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberi kita petunjuk. insyaAllah dengan izinNya kita akan mendapat petunjukNya. semua yg kita lakukan adalah untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia. setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadanya dan terus berdoa. ingatlah nikmat di dunia hanya sementara. nikmat di akhirat kekal selamanya.

buku termurah!!

jam sudah menunjukkan jam 1.58 a.m. esok aku ada dua test namun hati aku masih relax, fun, cool dan sewaktu dengannya. aku just nak share about pesta buku yang aku gi petang xd brsama cousin2ku. Big Bad Wolf Books. yaa. itulah nama pesta buku itu. jualan buku yg paling gempak penah aku pegi. murahhhhhhhh. ada yg bawak luggage kot semata2 nak angkut buku2. ish3. hebat! 8 hinggit ja aku beli utk sebuah buku. harga asal memey mahal la kan. sapa2 yg tak gi lagi tu jom g MAEPS kat UPM. come2. tak percaya? nah gambar.....

haaaa tengok. sebuah buku tu hnya RM8 ja. tiga buah buku baru RM24.
kalau ikutkan sebuah buku around RM20 something kan? hikhik

buku twilight new moon pon aku beli. RM8 ja. wah3.

ini buktinya. percaya dah? macam naik gila aku tgok buku murah2.
tp buku Malay tkda la. semua yg American punya buku. :)

Faculty Day

Sehari bersama FSKTM!! terbaik la. dari pagi sampai petang. aktiviti best sangat2. kesimpulannya melalui program ini saya dapat mengenali fakulti, senior2 dengan jayanya. maka saya berbangga menjadi rakyat FSKTM UPM. * ayat bahasa melayu yang telah lama ditinggalkan. now kan guna bahasa omputeh.


ini adalah kawan2 fakulti sy,
Fakulti Sains Komputer&Teknologi Maklumat


Fasilitator aka Senior. semua cool.
thanks for the explorace. sangat fun!



Geng explorace aku. group C.
C for the C generation. wus wus wus


my Dekan. hensem x?
dia nak student speaking ngn dia. habis aku.


khusyuk dengar. padahal *zzzzzz
apa la aku dok buat tu.

blogger pon dah berubah?

sapa cakap blogger tak boleh berubah? mesti la bukan aku kan. dah lama aku tak sign in blogger nih. aku juz melawat melalui URL aku ja. kononnya aku melawat orang lain punya blog larh kan? bukak2 ja, do u want to updated your blogger to hapa ntah. kononnya mcm gitu la. aku pon tekan ja la. thennn taraa. wow. weyh. wush. wus. wut. blogger dh berubah macam facebook la. mcm kat bawah nih. aku tengah pikir whether aku perlu tukar template aku or tak. ermmm.

classic. ermm. simple sangat yang nih.

flip. ok la so far. tapi cam kosong ja blog.

magazine. yg nih aku macam suka. nampak awesome la.

mosaic. yg nih suka jgk. nampak cute kan?

sidebar. yg nih ok la jugak. so-so bagi aku.

snapshot. ok la jgk. macam album gambar kan?

timeline. aku bagi la 7/10. ok jugak yg nih pon.

so. perlu entah aku tukar layout aku yang comot nih? ermm camna ya? nanti la aku pikir. :) sayang blogger ketat2. *tiba2.


p/s : ok fine mmg ada Uspot kat bar tu kan.
yaaa aku mmg pinjam wifi upm. abaikan ja yg tu :) oh yeah.

UPM punya hidup

aloooooha, lama gila badak gajah singa harimau belang aku tak update blog kan. busy? aaa boleh la jgk dikatakan. orientasi sampai 3,4 kali. from orientasi universiti to orientasi kolej then to orientasi floor la.. UPM mmg suka bab2 orientasi nih. hidup kat UPM nih so far ok la. jauh2 semua. kolej ngn fakulti aku boleh la. jalan kaki mmg smpai, tp take time dlm 10-15mins la jgk. yg tak boleh blah dalam u senirik pon boley sesat. silap naik bas la. adeh. roomate, floormate, classmate semua ok. roomate sy adalah kakak senior. soooo hikhik tp akak sy ni ok la. gila3!! suka jerit secara tiba2. sy pon dh memahaminya. seminggu awal tu aku homesick. malunya. tp skrang dah ok dh. bahagia plak rasanya. :)



main entrance UPM. tgah tunggu bas nak g foodcourt.
tempat di mana tahap kesabaran kelaparan aku diuji slepas habis kelas.


nasi lemak warna hijau. gempak tak?
UPM memang suka hijau2 nih. feveret colour. smpai nasi pon jd mangsa.


KTM Serdang dalam UPM.
nak pi KL naik ni pon boleh. murah jerk. dlm rm2 kot.


Kolej serumpun yang paling gegeh haha
suka sangat dok buat cheers masa orientasi.



senamrobik kat Bukit Ekspo UPM

ola raya

amboih. lamanya aku tak update blog. besa la, busy sket dok buat kuih raya and buat persiapan nak masok u yg dh tak lama dah nih. takot. alhamdulillah dh settle sket2 walau tk 100%. so aku pon tk tau nak update apa nih. penat perah kepala. ni la hasil yg aku edit kat adobe. dh lama benor tk edit2 nih. and entah. inilah hasilnya. cam ngok ngek g. hohoho. posing maut. apa pon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. sedih sangat nak tinggalkan Ramadhan. hmm. MERDEKA!! :)

bila org gila berkomen

ni la kawan sejati aku dunia ukhrawi. si nursaidatul atyqah suka sangat dok like3 comment aku. dia sayang aku, aku paham sai na. si mi ti ni sat, takziah ti atas surat panggilan semula ke PLKN wakakaka hahaha dia ok cuma kuat merajuk hahaha nipu3. depa la kawan aku sampai bila2 pon. :) jangan lupakan aku walau aku ni suka bagi hampa mereng seketika.

*kami suka bersosial dlam facebook

One loyal friend is worth ten thousand relatives.
- Euripides

A+B+C = D

haih. lama sungguh aku pikiaq nak buh tajuk pa. jadik la tera tu tajuk pon. haaa alololoha. sokdikap. tada la. ntah napa tiba2 aku nak open pendrive aku yang sarat dgan muatan maklumat zaman matrik dulu nih. titttt aku pi bkk file assignment ICT aku then trjumpa la si assignment yg aku kena buat satu ketika dlu nih. syarat encik nazri dia nak ada benda bergerak2. what? aaa hurm. pulaih habih pala aku nak cari idea nak wat poster apa utk minggu ICT. hmm tgok la poster aku nih. burok aih. 10x aku tgok cam semak sungguh2. dulu rasa lawa dah. laaaa ni benda worst yg penah aku tgok. taraaaaaa.......

*tenyeh hidung monyet utk tengok dia berguling-guling

welcome to my new teeth :)


oyoha. oyoyo. sudah lama tidak diupdated. ini pon atas permintaan daripada kawan sek rendahku yg samar2 di mana dia dan aku masih memikirkan siapakah izzati nazifa dan lily suhaili, kisah silam kami . sini dia punya blog. hehehe haaaa meh nak ceqhita sket. masalah gigi aku yang cerewet. tu laaa. dulu2 mak dh kata jgn dok buaih sangat. main pelik2. sekali time kecik2 dulu aku dok men apa kejadah ntah ngn adik aku. kononnya aku kuat la. master!! dulu kan spiderman, ultraman, power ranggers, kluang man menjadi idaman hati aku. men 'kok kong' kot org kedah panggey, tiba2 tgah syok, pluuup gigi patah sekerat. teqheyak aku. dh la gigi depan. mantop. aku mmg superb la. maka setelah meningkat dewasa, aku amat menyesali kesalahan aku ketika kecik. jadinya aku terpaksa merana apabila dewasa. jeles tgok gigi org lain. so aku pi bt crown, ala2 gigi palsu la.. malu lerrr sya. sekali kena rm450. adeh. kerana gigi patah sekerat. maka konklusi di sini, kpd budak2 yg masih kecik AMARAN!! jangan bermain dgn something yg boleh membuatkan gigi anda kecundang di kemudian hari. pesanan khas ini amatlah penting bagi kanak2.

mood : gigi dah ok. bersinar2 gitu. :)

Happy Birthday to me

yaaa selamat hari lahir miss izzati nazifa. dah tua rupanya. 19tahun cukup2. pasnih dh 20 huahuahua. akan melangkah ke era 20-an. bagus. lagi tua lagi dekat ngn mati. azam aku? ermm tak la banyak sngat coz birthday aku taun nih entah la. tak tau nak cakap apa meh. lupakan. birthday taun nih la paling lawak. hari birthday pi buat facial treatment. tension punya pasai. pi relax kat sna. agak best woahoo. pasnih segak la aku haha koya mu nih. mula2 nak pi jumpa dentist. tak jadik plak dah so pi bt facial treatment la sat. ngee. apa pon terima kasih ya Allah kerana aku masih mampu lagi berdiri melakukan ibadat kepadaMu. amin. happy birthday miss izzati nazifa. nanti kita g celebrate sorang2 noh. esok or lusa ka. =) SR...i'm coming

Cerita Dusun

al kisah tatkala petang menghampiri senja, ada la si penyangak 3 org ni datang mahu merompak pokok rambutan di sebuah kampung. niat sebenar mahu merompak tapi disebabkan terkantoi dengan tuan punya pokok, maka niat kami itu tidak menjadi. lalu dengan tak malu kami memungut buah rambutan yang jatuh di atas tanah yang penuh dengan semak. maka terjadilah satu kejadian yang tidak diingini. saksikan......


buah rambutan yang bergelimpangan di atas tanah pusaka


salah seorang dr geng penyangak cuba mengutip buah rambutan xd


ni la anak tuan rumah yang telah menjerit memanggil babanya


beginilah rupa org yang gagal dalam merompak


apabila si lesbo brtemu dgan pasangan hidupnya


ketua penyangak dan penolongnya. aku AJK ja.


Location : Hutan Belantara Afrika Tengah

Syukron ya Allah

alhamdulillah. syukur sangat dkat Yang Maha Satu. SubhanaAllah. malam result u nak kuaq, bukan main tidoq lena. mai kul 12 tengah hari esok, neah ketaq satu badan habaq hg. time duk depan laptop kan, terketaq2 masukkan no ic ngn no matrik. keluaq2 result. aaaa blur seketika. terpaku. terdiam. beku seribu bahasa. aku tak tau nak cakap. tiba2 mak aku peluk dr belakang. lagi terpaku. hahaha hati mmg excited gila. mau dak. kos and u yang aku nak selama ni. terima kasih ya Allah. tak terkata dah nih betapa bahagianya hati.


congratz to all my friends in Kedah Matriculation College. see you di IPT guess =)

Jejak Kasih BFF

yo whatsup. haaa the best day i had today! thanks Maryam Musfirah and Qistina Hashim. best gila dapat kuaq ngn hampa plus spent time tgok Harry Potter 3D. gila badak best. suka3. 10 out of 10. huhu.cmnih perjalanan dia, pagi tadi tudung aku buat hal. geram! sekali aku amik starch, spray byk2 ataih tu. neah amik hg, keraih teruih. bagus! then drive bagai F1 wlaupon sekadar keta aku keta kancil. amik qis then dia bawak g umah firah then g loq staq. qis nak bayaq yuran sem. ok no worries. aku ngn firah juz lepak dlm keta dgn perut kosong. ta sngka dia mabuk jalan haha firah2.

then masuk loq staq mall. ermmm no 3D. ok tapa. so back to Jitra Mall la. haaaa masok2 trus rush beli tiket huahuahua semangat 3 org nih. hantu harry potter. then photoshoot ngn daniel radcliffe. aceyyy..cita start kul 3.50. makan then solat then karaoke. sharp 3.50 kami masok. warghhh excited habaq hang dapat spek 3D so bergambar la kami nih. hahaha fuh. serius npk daniel tu depan mata. gila!!! handsome bha. =)



Firah, Qis and me =)





err. yang nih hahaha 'Pregnancy Test Kit'.. for? kakak qis la.