me with pashamina?

what? errr whats going on? agak aneh bunyiknya bagi sapa2 yg knal aku. they know me. they know my style. what i'm dislike for. huahua. sy pon nak berfashion mcm anda jugak. sy pon terkejut dgn diri sy. huisy ayat. kontoversi. Cik Cahaya Kepujian la nih punya keja. ajak sy beli pashamina. sy pon pikir2 ermmm ok la. jum3 pakai sama2. hehe. buruk benor aku rasa. bulat aja muka aku. auwwwww.



10 petanda dia JODOH kita

otak aku dh kosong sekarang. waktu remaja aku semakin nak berlalu. * ceh, bajet tua sangat. hoih2. back to the main idea ok makcik. tada la. ari tu aku ad terbaca satu artikel nih. quite interesting la jgk. " 10 Petanda Dia Jodoh Kita ". aku pon membelek, membaca dengan teliti and something was crossed on my mind, hmmm. entah la. susah jgk rupanya nk cari jodoh eyh. memang la jodoh ditentukan oleh Allah tapi kalau kita tak cari tak jumpa jgk kan. usaha itu penting. aku actually hmmm. entah la. biar la Allah yg tentukan. kat sini aku listkanlah 10 petanda tu laa. jom check it out. :)

1. Bersahaja
its mean dia tak berlakon la and dia bersikap bersahaja. contohnya macam cara dia
berpakaian, cara bercakap, cara ketawa, cara makan dan minum.

2. Senang Bersama
maksud di sini even kita dah lama ngn dia tapi kita tak pernah rasa bosan dengan dia, jemu ataupun tertekan pada diri kita. semakin hari semakin sayang kpd dia. kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat duka kita. bahagia kan macam tu? bila la ak boleh rasa semua tu. and saat berjauhan, rasa rindu sangat dengan dia.

3.Terima kita seadanya
I like this ciri2. apapun kisah silam kita, dia dh tak ambil peduli. yang penting, siapa kita sekarang. bukanlah dia tak kisah cuma let by gone be by gone. bagus kan kalau jumpa laki cam ginik. biarpun dia tahu kita ada kekasih sebelum nih tapi dia ta ambil hati langsung.

4.Sentiasa jujur
dia tak kisah apa yang kita lakukan asalkan tak menyalahi hukum agama. sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. lagipun kejujuran sangat penting dalam perhubungan. susah tol aku nak cari lelaki yang jujur dengan aku. haih. Selagi kejujuran bertakhta di hati kita, kebahagiaan adalah milik kita. kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri kan? then mesti perlukan someone nak kongsikan rahsia tu utk ringankan beban yang ditanggung. for sure kita memerlukan si dia utk luahkan everything sebab kita percayakan dia dan dia pun percayakan kita. takkan nak harapkan kawan-kawan. diorang tak selalu ada untuk kita. bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. bahagialah pasangan itu insyaAllah.

6.Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama. Segala kerja yang dilakukan mestilah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita untuk hidup bersama. kan sweet gitu kalau dua2 saling together. :)

7.Memahami diri kita
Semasa kita sakit, dia bawa kita ke hospital. bila kita berduka, dia yang menghiburkan kita. apabila kikta dalam kesusahan, dia yang sering ada di samping kita untuk membantu. di kala kita sedang berleter, dia mendengar ja. hikhik. bagus kalau jumpa cam ginik. dia selalu berada dengan kita dalam setiap situasi. tak kira kita lagi sedih atau happy, dia tetap selalu ada untuk kita.

8.Tampilkan kelemahan
takda siapa pun yang sempurna dalam hidup nih, termasuk la kita kan. tipulah kalau dia kata dia sempurna. nampak sangat benor nipunya. bagi dia yang bersedia utk menjadi teman hidup kita, dia tak akan segan silu utk memberitahu kelemahan dan kekurangan yg ada dalam diri dia. sudah tentu bukan senang nak beritahu kelemahan dan keburukan yang ada dalam diri kita kan? yang ni lah jodoh yang terbaik.

9.Kata hati
dengarlah kata hati. kadangkala manusia dikurniakan oleh Allah iaitu deria yang ke-6 yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. dengan deria batin ini jugak la kita dapat mengetahui perasaan masing-masing. kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. dengarlah kata hati dan buat pilihan yang terbaik ok?

10.Solat istikharah dan tawakal
jodoh dan pertemuan segalanya di tangan Allah SWT. manusia hanya merancang tetapi Allah yang tentukan segalanya. mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan solat istikharah dan memohon supaya Allah memberi kita petunjuk. insyaAllah dengan izinNya kita akan mendapat petunjukNya. semua yg kita lakukan adalah untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia. setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadanya dan terus berdoa. ingatlah nikmat di dunia hanya sementara. nikmat di akhirat kekal selamanya.